Monday, November 24, 2008

KURSUS KEPIMPINAN JIRAN MUDA JABATAN PERPADUAN MASYARAKAT DAN INTERGRASI NASIONAL NEGERI PERAK

Pada 21 hingga 23 November 2008 Pihak Jabatan Perpaduan Masyarakat dan Intergresi Nasional Negeri Perak bersama AZ Marketing Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Jiran Muda Bagi Remaja Daerah Batang Padang dan Manjung. Kursus yang mejurus kepada memberi pendedahan kepada remaja sifat kepimpinan yang baik dalam menentukan hala tuju masyarakat. Sepanjang kursus remaja ini telah diberi input model kepimpinan yang berkesan. Pengarah Jabatan Perpaduan Masyarakat dan Intergresi Nasional Negeri Perak telah meluangkan masa bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta. Kami di Hotel Mesra Port Dickson rasa bertuah dapat bersama dalam menjayakan program ini. Di kesempatan ini Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada Jabatan Perpaduan Masyarakat dan Intergresi Nasional Negeri Perak dan AZ Marketing Sdn Bhd. Adalah menjadi harapan kami pengalaman selama 3 hari 2 malam ini akan menjadi satu permulaan bagi anjakan paradikma semua peserta dalam menyediakan diri untuk mengambil alih kepimpinan dalam masyarakat di satu hari nanti. Terima kasih daun keladi.

GALERI FOTO




















Sunday, November 16, 2008

IPBA Di Hotel Mesra

Pada 15 November 2007 hingga 17 November 2008 Kumpulan Guru Pelatih dari Institut Pendidikan Bahasa Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur telah berkampung di Hotel Mesra dalam siri Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh unit Jabatan HEP IPBA. Kursus antara pengisiannya adalah untuk merangka ktiviti bagi guru pelatih IPBA. Sepanjang tiga hari dua malam peserta telah bermesyuarat dan melakukan aktiviti berkayak di Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Pengurusan Hotel Mesra ingin menrakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En Tahir selaku Ketua Jabatan HEP IPBA atas pemilihan Hotel Mesra bagi kursus ini.

GALERI FOTO